Ya Allah semakin hari hidup aku semakin happy . bersyukur lah kerana aku diberi peluang untuk hidup gembira . tetapi aku tahu limit aku untuk happy dekat dunia ini . semua ini hanya sementara , terkadang aku memikirkan bagaimana aku boleh berkenalan dengan dia yang selama ini sentiasa bersama tidak kira susah atau senang .semuanya ada hikmah yang tertentu , aku putus dengan orang lama kerana dia curang . dan akhirnya aku jumpa yang lebih baik . aku rasakan aku tidak mahu yang jauh lebih baik dan terbaik kerana aku sudah pun jumpa apa yang aku inginkan.

kasih sayang hanya untuk yang satu , dia sahaja yang paham segala masalah aku . tidak kira luar atau dalam , atas atau bawah . kiri atau kanan , dia sentiasa bersama . dia juga sokong semua yang aku hadap dekat dunia nih . bukan aku nak mengangungkan dia . tapi bak kata orang dia memahami . hari hari sedang berjalan , dan aku berharap hubungan aku kekal dengan dia , tetapi kalau sudah tiada jodohnya akan aku cuba mencari jalan penyelesaian . dan andai tiada jalan , aku hanya mampu redha dengan segala ketentuannya .

dia , mari kita jalani hari hari kita dengan belajar sepenuh masa . kejar kejayaan dekat dunia untuk masa hadapan . moga kita jumpa masa hadapan yang cerah dan kita kecapi segala yang kita impikan . adanya awak dekat sisi menguatkan semangat aku untuk belajar dekat college ini . aku sudah pun banyak menggunakan duit kedua ibu bapa aku dan tiba nya masa aku untuk membalas segalanya suatu hari . ingin aku buat mereka bahagia , aku juga ingin menjadi seperti kakak kakak aku yang lain .

NEVER STOP STUDY UNTIL YOU ACHIEVE WHAT YOU DREAM BEFORE THIS !

No comments:

Post a Comment