Cerita cinta kita tak sehebat mana
Perkenalan kita tak berapa lama mana
Perjumpaan kita tak sekerap mana
Tapi persefahaman kita cukup indah !!!

Dia
Dia yang berjaya tawan hati aku untuk terakhir kali
Dia
Dia yang aku pilih untuk jadi pemimpin di masa depan
Dia
Dia yang aku cari selama ini
Dia
Dia ialah istikharah aku
Dia
Dia yang aku lihat dalam solat ku
Dia
Dia yang sentiasa aku sebut dalam solat ku

Dia satu satunya lelaki yang memahami ku dan terima ku seadanya. Kita sehati sejiwa , kita sentiasa positive.
Merajuk itu perkara biasa buat kami

Jarak
Itu hanya pemisah sementara buat kami
Pemisah yang membuatkan aku sentiasa rindu
Dia kata " Allah sengaja jauhkan kita supaya kita akan sentiasa menyayangi antara satu sama lain"

Kerjaya
Bukan pemisah untuk kita tidak berhubung
Kerjaya buat kami adalah REZEKI ALLAH
Dalam hubungan pertunangan makin melimpah rezeki Allah berikan pada kami.
Ya Allah , sesungguhNya Engkau dengar segala doa kami.
Kami percaya Engkau sedang makbulkan doa kami sedikit demi sedikit.

Cinta
Biarpun tak banyak sekarang tapi ia memadai.
Bercinta selepas nikah kan indah ?
Perkenalan kita singkat untuk mengenal antara satu sama lain.
Berpasangan kita baru 4 bulan.
Pertunangan kita hampir sebulan.
Dalam masa yang sangat singkat.

Pertunangan
Tidak sangka ahli keluarganya menerima dengan baik sekali.
Alhamdulillah !
Bersyukurnya melihat bakal ibu mertua begitu excited untuk mendapat menantu yang pertama tidak lama lagi.
Jika dilihat dari sudut persiapan perkahwinan , nampak ibunya begitu teruja.
Moga aku akan menjadi menantu yang paling disayangi.
Cuma buat masa sekarang perlu selesakan diri dengan orang baru iaitu ahli keluarganya.

Kekasih / tunang
Rindu aku pada kau tak pernah pudar.
Makin rindu dan rindu
Jaga lah diri di tempat orang.
Kenang daku dalam doa mu..
Setiap sujudku ada nama mu , Asyraf.
Kau lah jodoh ku ,selamanya.
Amin

No comments:

Post a Comment