ASHSAED WEDDING


Bismilah 

Alhamdulillah 
Pada 22 Ogos 2015
Saya telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Asyraf bin Yahya
dengan sekali lafaz sahaja.
YA ALLAH , terima kasih kerana mempermudahkan segala urusan kami.
Syukur Ya Allah
Sebak rasanya di saat ayah bertanya kepada saya 
Adakah saya bersetuju untuk bernikah ?
Tak mampu nak tahan airmata.
Terima kasih ayah.
Saya tahu ayah sedih tengok anak ayah nak nikah.
Melepaskan anak perempuan bongsu ayah yang mash muda.
Masih banyak lagi masa untuk kita bergurau senda.
Tapi jodoh saya sudah sampai.
Saya sayangkan ayah tak kesahlah saya dah berkahwin.
Jaga diri ayah elok elok sebab saya dah jauh.
Jaga mak bebaik... 
Saya berharap sangat Asyraf boleh menjadi imam dan ketua keluarga yang baik.
Amin

Terima kasih kepada ahli keluarga yang hadir ke majlis saya 
Andai ada yang terkurang harap maafkan.
Terima kasih buat keluarga mertua yang datang dari jauh. 
Moga dengan hadirnya saya dalam keluarga baru , 
kalian terima saya. 
Terima kasih terima saya sebagai ahli keluarga.

Sekian sahaja , selesai malis untuk belah perempuan.
Yang mana nikah pada jam 1030 pagi 
Bersanding pada jam 0130 tenghari 
Semua majlis diadakan pada hari yang sama dan tempat yang sama.

Berjumpa kita di majlis bertandang belah lelaki di 
HOMESTAY DESA BAYU RANTAU PANJANG KLANG
Pada 30 OGOS 2015 
 

No comments:

Post a Comment