My Little Baby inside My Tummy

Assalamualaikum dear blog :)
Lama rasanya tak update blog nih since dah kahwin..
Yelaaa , dah kahwin banyak tanggungjawab nak kena sandang.
Sampaikan nak update blog pun tak sempat. 
Nak story sikit about Me and Husband and also new baby yang akan datang nih.. 
Tak sabar rasanya.
Next week , 22 March 2016 genaplah 7 bulan usia perkahwinan saya dan husband tersayang.
Alhamdulillah, banyak yang kita dah lalui, susah senang bersama.
Banyak rezeki yang Allah telah kurniakan buat kita.
Antaranya, rezeki kerja, rezeki anak dan macam macam lagi.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH
Meh sini kita nak story sikit about orang baru dalam life kami tak lama lagi.
Before tahu pregnant :
Nak diceritakan macam nih, before kahwin zaman memuda dulu jarang sangat tertinggal period nih.
Almost tiap bulan mesti akan period sharp pada masa dan tarikhnya.
Sebulan kahwin masih lagi period, tapi second months period hanyalah 4 hari sahaja.
Terkejut juga kenapalah period sekejap sangat.
Tak pikir ape ape pun... Continue jelaaa buat tak tahu pape.
Then next months tak datang period.. Dah mula risau.
Tunggu jugak beberapa hari bilalah nak datang period nih.
Sampai lah kesatu tahap yang mana , time tu nak pergi hantar adik ipar 
masuk belajar dekat Muadzam.
On the way nak pergi Muadzam tu , perut rasa lain macam sangat. 
Sakit teramat sangat and terasa macam nak berak pun ada.
So, decide suruh benti kereta dekat Shell. Tak tahan sangat dah tu...
Then muntah muntah plus sakit kepala..
Selesai hantar adik ipar kat Muadzam, on the way balik sini terasa nak muntah.
Benti dekat Petronas Seremban.
Lain macam woo muntah dia...
Tak terpikir lagi masa tu maybe pregnant.
So continue jelaaa beberapa hari then ask my husband, 
Abang, jom kita beli pregnancy test nak ?
Then beli then test. 
POSITIVE weh !!!
tak caya jugak beli lagi sekali and test...
POSITIVE LAGI !
Ya Allah.. Nak percaya ke taknak nih...
Last sekali we all decide pergi klinik then check again.
And betul betul pregnant masa tu...
First scan : 8 weeks daa.. means dah 2 bulan.
I'm so happy !!!
then bermulalah, every weeks kena pergi klinik checkup.
Tersangkut pulak kena diabetes masa pregnant.
Memang mengucap panjang lah, every two weeks kena g klinik checkup...
Second scan mummy tengok awak sayang , time tu awak dah 18 weeks.
Tiap kali checkup je mesti dengar jantung awak sayanggg..
Awak sihat, alhamdulillah.
and semalam awak dah 26 weeks dalam 6 bulan macam tu lah..
awak dah besar sekarang , selalu mummy rasa awak tendang tendang and mengeras.
Selalu jugak mummy borak dengan awak.. Happynya mummy.
Semalam mummy dah scan gender awak.. 
Tapi semalam daddy pun ada tengok awak. 
Tengok kepala awak , tulang awak , tangan awak , kaki awak yang comel tu.
And also tuuuttt awak.
Finally , mummy and daddy dah tahu awak punya gender.
Mummy and daddy happy sangat sampai dah berangan macam macam tau !
Awak sihat je kat dalam perut mummy.
Membesar dengan baik ya nak...
Mummy tunggu awak keluar tau. Tolong mummy nanti..
Mummy and daddy nak prepare barang barang awak lepas nih...
Nak beli semua persiapan untuk awak and mummy.
Mummy and daddy love you baby !

1 comment: